Aktiviti Tayangan Merdeka & Advokasi (Modul Building Resilience)
31 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 30 Ogos 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Aktiviti Tayangan Merdeka dan Advokasi (Modul Building Resilience). Objektif aktiviti ini bagi memupuk patriotik dan mengukuhkan pengetahuan Advokasi dengan Modul Building Resilience antara peserta. Aktiviti ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 23 orang peserta yang hadir iaitu 15 peserta lelaki dan 8 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Aktiviti Tayangan Merdeka 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik dari Modul Resilience. Dimana diterangkan secara menyeluruh kepada peserta tentang Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta penjaga dalam era siber masa kini.
Manakala untuk Aktiviti Tayangan Merdeka pula, PI Rantau Panjang memberi peluang kepada peserta-peserta tentang Logo dan Lagu Tema Hari Kebangsaan ke 62. Pada aktiviti itu juga, mengenali Tokoh-Tokoh Kemerdekaan dengan bantuan Google search. Peserta-peserta juga, didendangkan juga beberapa lagu Patriotik antara lagu permintaan mereka adalah Jalur Gemilang dan Tanggal 31, dimana mereka juga turut menyanyikan lagu tersebut.
Dalam pada itu juga, beberapa slot tayangan pendek untuk pengetahuan mereka berkenaan filem-filem yang berkaitan dengan kemerdekaan antaranya The Warrior Kanang Anak Langkau, Bukit Kepong, Leftenan Adenan dan Tanda Putera.
Keseronokan peserta dapat dilihat dalam aktiviti ini kerana mereka mengetahui sejarah Malaysia. Impak dari aktiviti ini, peserta mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Apa yang diharapkan semoga semangat patriotik akan terus tersemai pada setiap peserta yang hadir dan begitu juga pemahaman mereka dengan Advokasi yang dikongsikan pada petang itu.
# Selamat Hari Kemerdekaan Ke 62 Tahun
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: